MY FELLOW FOLLOWERS

Sunday, November 30, 2008

“Curly Merly Sexy Style”

Last Saturday, aku hangin satu badan ngn han. Aku ni mmg tak pasal2. Kdg tu taklah hebat sgt hal yg menyakitkan hati aku tp kalo dengan han aku cepat emotional. Kononnya dah la org lain susah nak jaga ati aku, dia pon sama. Dia sepatutnya menjadi org yg paling menjaga hati aku.

Dlm duk sibuk menyibukkan diri di Smart Reader Kids Concert & Graduation Day, adelah sumting happened ngam2 majlis hamper selesai. Sangatlah aku ni bengang ngn dia. Aku pon start la membengkekkan diri. Aku lepak kat tepi kete tggu dia. Reben yg aku pkai kat belah kiri baju aku tarik2 sampai hancur lunyai. Aku tampal kat sebelah kiri kete dengan gam yg ade kat reben tu. dia relax je cabut balik reben tu n start kete balik umah.

Sampai umah, dia turun aku ckp nak guna kete. Sampai je simpang kua rumah, ceh, fuel dah menyala.erkh!! aku pusing gi petrol pump. Sakit ati tak ilang lagi, aku berpusing takde arah tuju. Tibe2..jeng jeng jeng..mata aku membulat, aku nampak saloon. Stop, parking kete, kua kete then terus meluru masuk saloon. Terus dgn ringannya mulut aku berkata2 “saya nk curl rambut, paling halus, satu kepala”. After 3 hours, uwwaaaaaaaaaaaaa…….. aku mcm tgk org lain kat cermin. Kul 11mlm aku sampai rumah, mandi, terus tido. Bangun pagi besoknya, terkezut aku tgk kegerbangan rambut tu kat cermin. Uwwwaaaaaaaaaa…. kerinting dan kembang..duit dah mmg melayang.. itulah jadinya, wat sumting ikut perasaan..bukan ikut otak..

Terus aku terpk, tu la memberontak lagi kat husband, dah tuhan balas. Aku balik umah mak, mak ngn adik2 aku bantai gelakkan aku. kat ofis lak, Shela sampai merah2 muke ketawakan rambut aku. Tp..jeng jeng jeng.. han tak gelak, dia ckp seksi. Terserlah perwatakan aku dgn rambut tu. Aku kan entah pape, samelah dengan rambut tu. Hahaha.. walau pon aku sendiri rase mcm org gile tp bile han ckp rambut aku style, terus aku rase berkeyakinan dgn rambut baru tu. Aku namakan rambut kerinting-inting aku tu Curly Merly Sexy Style..huhu! poyo kan.. dah mmg aku, mmg la poyo hahhaa…

Bile dah jadi mcm ni, finally aku realize walaupon xsemua perkara dia paham pasal aku tp di saat2 aku perlukan sokongan dia tetap penyokong setia aku.. yg penting dia jugaklah yg memahami dan paling menerima kehadiran rambut yg berpintal2 mengerbang di kepala aku..

p/s: “Han” tu nama komersial yg aku bagi kat hubby aku. Kalo korg perasan beberapa previous entri aku, aku dah guna tp lupe lak nak mention.

Monday, November 24, 2008

Pagi yg gelap kini sudah terang..

Pagi ni aku tgk gelap semacam.. mood mmg xde, bosan! padahal semalam baru dpt feel nak balancekan otak kiri ngn otak kanan.. nak bagi aura positif tercetus dari diri.. aura tu akan buat kite happy and people di sekeliling kita pon happy ngn kite. tapi.... dan2 je bangun pagi ni, aku jadi layu, pasal aku biarkan suasana mempengaruhi aku. sepatutnye sebaliknya lah kan..haiyya..

Luckily, dlm kul 11 tadi langit cerah. pagi yg gelap tadi kini sudah terang.. aku pk "hari pon dah bertukar terang, aku takkan x tukar2 lagi mood malas n bosan aku ni.." so, aku duk kejap try tukar mindset. pk yg bagus2, yg positive, igt time2 happy, vacation, igt senyuman hubby and adik2..smbil mempraktikkan beberapa lagi tips menggunakan gesture..well, it's work !!!..

xsangka kan yg suma hal sebenarnya boleh kita tentukan dgn mindset kite. itu yg motivator slalu ckp. semuanya mencetuskan aura. berbalik pasal aura ni, kisahnye semalam Yang pegi course mindwork. sambil2 jaga kedai semalam, dia share suma input dia dpt. sharing is caring kan.. so mmg positive betul sessi perbualan kitaorg semalam. semangat yg dapat dari tu mmg buat we both rase release... kata Yang, course tu basically mengajar kita cara mengimbangi penggunaan kedua2 belah bahagian otak kita. otak kanan dan kiri. if kita berjaya apply penggunaan yg seimbang ni, kita akan jadi seorg yg positif. kite boleh jd winner.

kalo nak explain mmg lagi panjang, tp aku rase korang mmg dah dapat paham kan ape yg aku cube nak sampaikan. so jom guys, sama2 kita apply ilmu baru ni. mungkin selama ni kita tak sedar betapa rigidnya kita... sebenarnya bile2 masa kite boleh menjadi seorg yg berfikir out of the box...

Hurm, dgn menulis post yg penuh bersemangat ni, makin meningkat kadar kecergasan aku.. saraf2 keriangan aku pon dah mula berfungsi..oklah, nak gi rest japlah. c u guys in next post.

p/s: Yang thanx for info sharing session petang semalam. so impressive!!!

Berdua lebih baik..

Apa pon tanggapan negatif sesetengah orang tentang perkahwinan, atau kadangkala dari pemikiran aku sendiri, berkahwin itu sememangnye lebih baik dari membujang. Kita adalah org yg berani bile sahaja kita bersedia utk berkahwin. Yelah, kita membuat keputusan yg paling penting dalam hidup utk memilih dgn siapakah org yg akan kita hidup mati bersama.

Kalau sebelum berkahwin kita bergantung pada ibubapa yg sememangnya kita percaya dgn kasih sayang dan kejujuran mereka dlm menjaga kita, tp kini kita mula menarik separuh dari rasa percaya itu utk suami. Kita pertaruhkan kepercayaan itu demi cinta kepada suami. Kita percaya kasih suami mampu menyamai kasih sayang ibubapa kita. Jadi tak mustahil kita akan mempertikaikan sesuatu jika apa yang diberi suami tidak seiring dengan apa yg pernah kita terima dari ibubapa sehingga kita lupa yang kita menerima suami seadanya dia.

Td balik lunch aku dgr ceramah motivasi kat radio, ustazah tu ckp silap kita di alam perkahwinan adalah kerana terlalu cenderung utk menyenaraikan keburukan pasangan. Seeloknya kita senaraikan sekali kebaikan dan kelebihannya. Allah tidak menjadikan makhlukNya sempurna so, kalo yg baik tu lag banyak dari tak baik kira ok lagi lah. Kalo nak tunggu nisbah 10:0.. mmg xkan dpt.. jadilah org yg bersyukur supaya kita redha dan pandai menilai kebaikan dan keburukan org lain dgn positive.

Walau apa pon keperitan, apa pon kepayahan dan apa jua ketidaksefahaman dalam proses memahami dan menerima pasangan, kemanisan pengalaman itu tetap ada. Aku semakin matang, semakin menerima kekurangan diri dan kelebihan suami. Tempoh tidak sampai setahun mengharungi gerbang perkahwinan ini, aku faham kenapa perkahwinan itu satu tuntutan. Redup wajah suami memberi ketenangan yg tidak ternilai buat aku. Ya, sememangnya aku pasti, berdua lebih baik…

Ni email yg aku dapat dari hubby last 2, 3 days.. harap2 dia dah study apa yg dia hantar.. hehehe…

"Whatever you give a woman, she's going to multiply
If you give her sperm, she'll give you a baby
If you give her a house, she'll give you a home
If you give her groceries, she'll give you a meal
If you give her a smile, she'll give you her heart
She multiplies and enlarges what is given to her..
So, if you give her any crap, you will receive a ton of shit”

Saturday, November 22, 2008

Exhausted!!!

yup, exhausted. that is the only one word aku boleh gunakan to describe situasi, condisi, otak, ati dan perasaan aku. hari ni genap 8 hari aku melalui minggu yg sgt mencabar mental dan physical aku. bekerja tanpa henti. keja balik kat midnite, sambung lg kat rumah sampai pagi.. dlm seminggu ni ade 2 hari yg mmg aku tak tido.

dalam situasi mcm ni, all i need is support. moral support from who ever yg mengambil berat tentang kestressan aku. aku rase aku tak memerlukan reverse psiko.. mmg tak berkesan. Jadi, harap2 esok aku takkan dgr kata2 mcm "adik boss, keje xbalik umah pon xpe" atau "stress sgt konon, relax ar". Pagi rabu lepas air mata aku meleleh-leleh kat toilet, org tanye aku ckp aku resdung gatal mata hahaha.. hari kamis paling mencabar, last2 aku cal mak.. bebual sket2 then sambung keje. mmg tak ilang sgt tp mindset aku ni kalo dah lepas kat mak, mmg jadi ok sket.

Ade tak sape2 yg nak tolong ucapkan ayat2 ni kat aku;
1. Banyak keje eh? kesiannya..takpe sabar..anything i can help?
2. anything u can suggest to boss nak bagi keje ni ringan sket?
3. boss tak cakap ke nak delegate keje kat org lain jugak? i can help if u nak...

hurm... hakikatnye..keje kat company cop P (nama cover line ni dipetik dari couz aku xiean) ni.. bak kata couz aku yg kat company cop P jugak.. mmg penuh ngn politik.. dulu aku tak tau..sekarang aku dah masak.. kalo org yg innocent xpayah nak mengharap lebih. datang keje, terima keje, balik keje n akhir bulan terima gaji.

aku bukan stress pasal politik kat office aku, aku stress pasal workload aku, dan org2 sekeliling yang tak membantu samada secara langsung atau tak langsung. pls guys, dunt you ever feel like crying facing the same situation like me rite now?? so pls...show your care... i need it so much!!

p/s: thanx Yang for your support..(Yang sorang je ke?? xpelah, mybe org senasib lebih memahami hehehhe)

Sunday, November 16, 2008

House is home..

Malam semalam smbil2 buat keje ofis yg aku bawak balik umah, aku tgk hallmark channel. Movie tajuk Our House. Cerita ni slow je tp mmg memberi impak pada otak n hati aku. Yang paling terkesan direct ke hati aku, aku translate in malay la eh, ialah ayat “sebesar atau secantik mana pon sesebuah rumah, rumah itu tetap 4 dinding 1 bumbung, tempat di mana kasih sayang terikat”.

Teringat kasih sayang mak & ayah pada kami 5 beradik. Sangat jujur dan penuh didikan. Typical malay family, ayah ketua keluarga yg outspoken dan bekerja mencari rezeki utk membesarkan kami. Mak, ibu yg lemah lembut, pemalu, surirumah sepenuh masa yg menjaga makan pakai suami dan anak-anak. Alhamdulillah dulu dan sekarang tetap sama, ombak badai mereka tempuhi bersama. Ayah sangat cekal, mak sangat tabah. Itulah nilai2 yg aku banggakan dalam diam.

Sekarang keluarga kami membesar. Aku, gee n que dah berkahwin. Tinggal fatin n abby yg masih bersekolah. Bile berkumpul sangat meriah. Seketika kalo teringat, aku rindu kemesraan adik beradik aku dulu. Zaman kecil n remaja yg sangat bergantung antara satu sama lain. Aku rindu saat2 aku rasa diperlukan oleh adik2. Aku tempat diaorang meluahkan perasaan. Aku tempat diaorg menangis bile tiada sesiapa yg menadah bahu utk sama2 merasa beban yg tergalas.

Sekarang aku n gee ada suami tempat mengadu. Que ade isteri untuk berkongsi cerita. kami tetap berkumpul berkongsi gelak ketawa tetapi sangat berhati2 bercerita tentang hal masing2. mungkin utk mengawal keadaan supaya kami tetap mempunyai peratus kasih sayang yg sama macam dulu. Mengenangkan betapa kuatnya ayah n mak mengajar kami supaya sentiasa menjaga hubungan kami adik beradik, aku kagum pada adik2 kerana masing2 nampak berusaha menjaga kasih syg antara kami.

Aku pon sama, sentiasa menyayangi adik2 sama seperti dulu. Walaupon sekarang aku bukan lagi kakak yg berdikari yg outspoken memberi nasihat kepada adik2 kerana masing2 telah mempunyai pasangan, tp aku tetap sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka. Aku harap mereka tahu bahawa aku sentiasa ada utk berkongsi setiap kegembiraan dan kepayahan mereka.

Sejak akhir2 ni, ayah sentiasa email aku email2 nasihat tentang kasih sayang. Aku sedar ayah juga mungkin agak bimbang, kalau2 keluarga yg semakin membesar ini semakin kekurangan kasih sayang. Setiap email ayah aku letak satu folder. Tiap kali aku down, aku refer email2 ayah… mmg berkesan. tiada ape yg lebih penting selain kasih syg. Kasih sayang bukan utk dilafazkan tetapi utk diimplementasi. Contohnya, ayah tak pernah lafazkan kasih nya pada kami adik beradik tp aku tahu, hati n jiwa ayah penuh dengan kasih sayang, dia ada ketika senang, dan tetap ada ketika kami susah. Mak pon sama, sentiasa ada utk membantu kami walaupon dia sendiri tidak pernah sunyi dari kesulitan.

Aku bangga dengan mak n ayah. Aku bangga dengan adik2 aku. Aku syukur tuhan memberi anugerah ini utk aku. Post ni akan jadi saksi kasih sayang aku utk keluarga aku. Aku bersyukur tuhan juga menganugerahkan aku suami yg tidak kurang juga kasih sayangnya kepada aku dan keluarga. Kini aku ade tiga rumah, satu rumah di mana aku dan suami berkongsi hidup, dua lagi, rumah mak dan ayah dan rumah mertua di mana tempat keluarga besar berkumpul. Walau di mana pon rumah yg aku singgah, aku percaya rumah ialah bangunan 4 dinding 1 bumbung di mana kasih sayang terikat.. home is where the love is…

Monday, November 10, 2008

Ejaan urban budak2 sekarang..

ni tgh lunch..aku godek2 pc ofismate aku, abg mie ni..nak intai2 blog adik2 aku..apeciter dorg arini. putryaby senyap je, xde update blog. dak tu mmg sibuk memanjang, diam tak diam time tido jelah. kakak dia, fatin agak sentimental n slow..

si fatin ni dah update blog arini. tapi aku seriously terkejut dgn ejaan short text nyer..begitu urban. hanya budak2 segenerasi dengan dia je akan paham ejaan2 tu. contohnya my mom's name yg sangat indah dan klasik, Kelsom Mamat diubah ejaan menjadi Curlsom Matt.. kalo atok aku bace mesti terkejut tgk cucu eja nama anak dia.. haihh..

Banyaklah ejaan2 yg mengconfusekan aku.. from jadi fwom, dia jd dei, boleh jd bley (biase kite shortkan jd "leh" je), kalau jd law, naik jd naek.. pening kan? risau jugak kadang bile kite pk budak form 3 mengeja guna ejaan glamer utk msg or email. takut dlm tak sedar, dlm exam tertulis ejaan2 ni.. atau, bile dah get used dgn ejaan2 ni, makin hari diaorg sendiri lak terconfuse dengan ejaan asal..dah confuse ejaan mane yang betul.. takkan nak ejaan bahasa pon nak kena refer kamus mcm nak check spelling utk english word..

Please lah u guys yg muda2 ni, yang masih lagi di bangku sekolah, gunalah ejaan yg sepatutnya, kesian org dulu2 reka ejaan, kalo nak pendekkan takpe tp jgn tukar smpai jadi org tak paham..lama2 nanti korang sendiri yg tak paham..terima kasih..

Sunday, November 9, 2008

Marvel Health Care..

Previous post aku today is saturday, aku ada mention pasal “kedai” kan? kan? Igt tak? Okla, I give u people few minutes utk bace balik that post.. boleh aku gi wat nescafe jap..bukan “mai secawan” tapi 1 utk hari ini, satu untuk masa depan…ecececeh.. atau kalo nak lagu tema, inilah..“kini ada kelazatan istimewa, citarasa masa kini..” –freeze-

-unfreeze- Ok... skarang dh de secawan nescafe kat tepi aku, bersama aroma kopi yg amat best neh aku nak citer kat korang pasal kedai aku. Marvel Health Care. Aku bukak kedai ni ngn cousin aku, Yang. Bukan Dayang, juga bukan Yang Aida tapi Azean. (Yang Aida tu boss aku kuikuikui). The story mory of the morning glory start bile aku duk beremail2 ngn Yang, bercerita betapa minatnye aku pada bisnes. Cita2 nak buka bisnes sendiri. Aku ni mmg dah lame berangan plus aku budak bisnes. Bile Yang pon bitau dia ade minat yang sama, aku was like..bestnyerr… kat kl aku ade shema, balik sini aku ada Yang.

Dalam beremail duk ber info sharing pasal bisnes, aku dan Yang tibe2 jd serious nk buka bisnes. Dalam kesulitan, kepayahan, keriangan bercampur tangisan bersama kepeningan kepala yg level migraine, aku ngn Yang berjaya membuke sebuah kedai berkonsepkan spa dan fitness… tapi bukan beauty centre tau..kitaorg proceed nk buka kedai berkonsep tu disebabkan kerana kitaorg ni boleh dikategorikan dlm golongan “chubby”, so kononnye kalo bukak kedai ni, kitaorg dapat lebih sikit semangat utk nak membakar lemak2 tepu dlm badan kitaorg..wakaka..

Awal2 kepayahan tu, Yang sangat stress, mungkin dia sangat determine dan mase tu dia takde komitmen kepada seseorang yg bergelar buah hati. Marvel jadi focus utama dia. Sehinggakan menimbulkan rase bersalah dalam diri aku, kdg2 aku xsanggup nk tgk airmata dia. Tapi kononnye aku dlm diam nekad nk jadi partner terbaik.. aku pk, aku kena kuat utk kuatkan Yang jugak. Sekarang….jeng jeng jeng, kitaorg sangat bahagia dengan Marvel. Yang lebih2 lagi, bahagia dengan marvel dan seseorang yg aku gelarkan “abg sayang”. Ahaks!

Customer dh makin kenal kedai kitaorang, kalo dulu asik family n kawan2 je yang datang, sekarang ramai customer2 baru yg jadi kawan baru kitaorg. Untuk fitness Marvel ade mini gym n kelas aerobik. Coming soon, we both tgh plan utk yoga, line dance class. Sekarang ni aku sgt teruja dengan akak2 yg dtg aerobic kat kedai aku, anak dah 2,3 tp body solid molid, mantap. So aku termotivated sket utk control makan dan mula berdiet…hehe..Untuk spa lak, (spa bermaksud; rawatan berkonsepkan air) ade rawatan mandian ultrasonic hidrotherapi SG2000 (UHSG), mandian UHSG – susu + lulur, UHSG - mandi aura seri wardina & footwork. Lain2 side servis, ada rawatan resdung herba, urut reflexology kaki + tangan.


Pada aku kedai aku ni best..kalo korg nak try service kat sini.. datanglah.. kat Pusat Niaga Paka, Terengganu. Kalo yang duk Kl dtg la nek kete, duk seberang jalan leh jalan kaki je, and of course kalo korg yg bace ni duk kat London,

boleh nek flight lah ok..kedai aku sgt eksklusif sebab waktu operasi ialah dari 6pm – 9pm. Friday by appointment, Saturday from 10am – 6.30pm. haaa..unique kan? Jgn tanye kenape, tp itulah resepi kejayaannyer….wah!

*Kedai aku punye tagline : The first wealth is health..wah!



Saturday, November 8, 2008

Mohd Talhar Mohd Kamar

Officially introducing my beloved hubby, Mohd Talhar Mohd Kamar.. as u can see..jeng jeng jeng.. ni ha kat sebelah ni... and of course la kat sebelah dia tu aku... kihkihkih.. mohd talhar ni baik orgnyer (hahaha..kalo bukan aku yg puji, sape lagi? iyer tak?) selain tu dalam dia sendiri tak sedar, dia ni quite penyegan dan skema orang nyer.. semua orang akan kalah dengan dia kalo bab2 memberi penerangan dan huraian kahkahkah..detail dia tu kadang2 mcm aku terpk, aku ni ngokngek sgt ke pada pandangan dia, aku paham lah..hehehe.. tapi pape pun, inilah dia buah hati pengarang jantung, paru2 dan limpa aku.. penjaga dan pembimbing juga merangkap driver aku.. driver first classlah.. aku suke, psl kalo aku gi kl, 3jam sampai, best... wlaupon penceramah emotional intelligent yang aku attend aritu ckp, org drive laju2 ni fall under category - antisocial..xpelah..janji rowk!!


Hidup ini indah jika dihayati dan dinikmati..