MY FELLOW FOLLOWERS

Sunday, December 30, 2012

AMIRA SYABIHAH, SAKA?!

Seram tak title entry aku? seram kan kan kan? tapi takpe, mulai esok aku akan bebas dari dihantui saka Amira Syabihah. Tak perlu tok bomoh Ramadan Kamaruzaman Amin nak jampi2 masukkan dia dalam botol ke ape, sebab arini dengan sendirinya dah tiba masa untuk dia kembali ke botol asrama.

Tenang….

Indah…..

Nyaman….

Selesa….

Bukan rimas sgt pon ngn si Amira Syabihah binti Abdullah ni. Tp budak form2, anak bongsu ni agak byk songeh. Ketenangan aku dua tiga menjak ni terganggu dengan kesongehan dia. Dia menghantui aku dengan ayat2 manja yang memberi tekanan yang halus..mulus..dan akhirnya aku terperangkap di luar sedar. Grrr….

“Ana.. tolong adik beli peplum online.. pls pls”
“Ana.. ana tolong adik buat cimbclicks untuk peplum..”
“Ana.. tolong jual tab adik yer..”
“Ana.. adik nak mkn nasi kandar..jom ana..”
“Ana.. tolong beli tab yg baru untuk adik yer..”
“Ana.. tolong print homework adik..”
“Ana.. tolong amik baju adik umah tailor..”
“Ana.. tolong itu..”
“Ana.. tolong ini..”

Lagi best, bile aku dah cakap ok je untuk segala “tolong” tu maka, akan ada sms silih berganti like :

“Ana.. dah byr peplum?”
“Ana.. dah isi order form?”
“Ana.. bile peplum tu smpai?”
“Ana.. peplum dah smpai kat office ana?”
“Ana.. dah buka ke parcel tu? cantik tak peplum adik tu?”
“Ana.. bile nak balik keje?”
“Ana.. cepat sket datang umah, adik tak sabar nk tgk peplum adik”
“Ana.. where at?”
“Ana.. cpt datang pls…can’t wait”

Itu baru kisah peplum. Argghhh... sanggupkah anda? tepuk dada, tanya diri sendiri, pastu tepuk dahi.

Sepanjang cuti sekolah ni, dia dapat ilmu baru, shopping online. Dah dua kali praktikal ngn aku cara2 shopping online, so now dah pandai shopping sendiri. Ingatkan lepas la part aku rescue. Tup2 pagi ni dia call mtk tolong gi pejabat pos amik parcel dia. Tak sempat nak tunggu parcel smpai kat rumah sbb dah nak balik hostel katanyer. Hari last nak balik hostel pon dia masih menghantui aku. Uwaaa… so otw nak hantar dia balik hostel, ayah singgah office amik parcel tu. Dia tersengih2. Hishhh..

Tp xpe, dah last day dah. Hahahahhaaahahahahhahaaa..(gelak keji). Biar dia.. yang paling aku pasti, esok sure semua orang akan dapat sms dari dia “xxx… adik nak balik, adik homesick sbb cuti lame.. adik sedih.. pls”

HAHAHAHAHAHAA....i like.

Inilah dia si saka Amira Syabihah a.k.a abby yang poyo2 comel. Redha jelah, dah mmg adik aku. huhu

Nota kaki xde kaki - *xxx – ayah/mak/ana/agee/abadin/kakak, *Ana* stand for kak na, *Agee* - kak gee, *Abadin* - abg din

Sunday, December 23, 2012

AKU BUKAN PENJAGA KAUNTER SEJATI

Hari ni aku tolong jaga kaunter. Abg Samso mc. Ramai betul orang datang berurusan. Rata-rata pasal pertukaran sekolah, kemasukan tahun satu, rayuan ke sekolah elit, premier.. haa.. semua menjurus ke arah pertambahan level kesibukan kak ani dan abg yasin, yakni org yg bertanggungjawab menguruskan semua perkara di atas. So, aku pon ringan2kan tulang membantu.. tp biase la org yg takde keje pastu nak buat2 bz tlg org lain, mula lah over acting, muke confident, suara confirm gegak gempita..hihihi..

Sape kate jaga kaunter keje mudah. Nampak je macam mudah, goyang kaki angkat fon, tunggu org dtg, tp hakikatnye, kena kuat mental dan fizikal. Aku ni kalau hari2 duk jaga kaunter mcm abg samso, pergghhh.. boleh dpt darah tinggi sbb asik naik darah. Contohnye mcm kes2 yg aku hadap arini.

Kalau ade 5 org depan kaunter serentak dengan fon berbunyi.. camne nak bertenang?

“assalamualaikum cik”
“puan saya nk buat rayuan masuk sekolah..”
“nak tnye sket puan”
“cik..puan..saya nak buat permohonan..”
“nak check pertukaran puan..”
“kring..kring…”

grrrrrrrrrrrr…….

Pastu apa rasa kalau ada yang datang bertanya tp tak faham2 apa yang kite explain?
“puan, saya nak tukar anak ke sekolah blablablablaaa..”
“OOooo..kalo encik nak tukar anak, kena camni camni camtu camcam etc..”
“tp puan blablabla..”
“camni encik camni camni…”
“tp puan..”
“camni encik..”
“tp..”
“camni..”
“tappp..”
“camm..”
“t..”
“c..”

Begitulah seterusnye smbil aku undur slow2.. pstu blah dri kaunter. Bosan.

Ada yang datang sinis2 je bahasa, camne kite nak bahasakan dia pulak?
“puan, sy nak daftar anak msuk tahun satu”
“dah lambat sgt ni, nape daftar lambat?”
“saya blablabla..”
“encik dtg rabu, sbb arini n esok pegawai berkenaan cuti, so nanti rabu terus selesai, tapi apa2 encik ambil no.fon pegawai, cal dulu sbelum dtg”
“tp kamis dh nak masuk skolah”
“itulah kena dtg rabu”
“Kalau pegawai takde, rabu pon xde, xdpt skolah la anak saya? Xpayah belajarlah?”
“xdelah sampai xdpt sekolah, dah encik daftar anak lambat, dah tutup pon, so kenalah ikut prosedur”

Kalo la aku tak igt peribahasa kerana mulot badan binasa, mmg aku ringan je jawab “eh eh kau ni, dah salah ko daftar anak nak masuk sekolah lambat, prihatin sgt kan kat anak smpai lagi sehari dua nk buka sekolah baru nak daftar, ape kes ko nak sinis2 ngn aku, bru nk pk anak dpt sekolah ke tak, nape ko xdaftar lgi 2,3 tahun, senang aku letak kat fail “murid cicir”..erkh!”

Ada yang datang mintak borang tp bila kita bagi borang, dia duk cakap borang tu salah, sbb dia tgk jiran dia tunjuk borang tu lain, so rase2 nak bagi borang apa ke nak bagi kaki?
“saya nak borang permohonan ke SMKA”
“ni puan…”
“tp saya rase bukan yg cmni”
“yg ni lah.. puan isi n hantar balik kt sini”
“tp yg sy tgk jiran sy tunjuk tu ade blablabla..”

Camne tuuuuuu??????? Hahahaaa.. rezak weh read stress!.

Tp dlm byk2, terkena gak aku akhirnya dgn satu panggilan fon dari sorg brader ni. Adushhhhh… alkesah, tgh sibuk2 layan org kat kaunter, aku tgk ade coklat kat meja wakaf (meja wakaf – sbb suma makanan yg officemate bawak utk dijamu bersama, letak je kat meja tu, so sape nk mkn xperlu tnye2 or mintak, makan je). Aku capai satu, coklat alang beli dari langkawi. Terus sumbat dalam mulot.

Fon kat kaunter berbunyi, kak ani duk sibuk layan orang. Aku pon angkat fon.

“yer encik..boleh sy bantu?”
“nk mtk tlg check pertukaran anak sy lulus ke tak”
”bagi nombor borang encik..”
“76”
“ok nanti sy check, jap lagi sy call encik”
“ok, terima kasih..sedapnye awak makan, penuh mulot bercakap ngn sy, makan ape tu? Pulut ke? ujan2 ni sedap makan pulut..”
*gulp*

Uwaaaaa………….. tak semenggah kan aku. Arrgghh!

Nota kaki xde kaki - Penjaga Kaunter berjaya? Naahhh...i dun think so..tq

Thursday, December 20, 2012

PROUD TO BE LEFT HANDED

Aku dengar radio suria.fm, bile ek, pagi smlm kalo tak silap, topik KIDAL. Macam-macamlah fakta atau auta pasal kelebihan dan kekurangan org kidal. Senyum bile dgr org citer psl org kidal. Mcm ala2 duk dgr org berciter psl aku. Yer..aku kidal. Ngeeee….

Best lak rse bile org ckp kitaorg yg kidal ni unik dan tergolong dlm golongan tersendiri. Yeke? Psl aku rse aku manusia yg biase2 je..ececehh. So aku google. Banyak citer psl left handed and walaupon fakta ckp 5% to 10% of the population je manusia left handed tp aku rase ramai lak blogger yg left handed n buat entry psl ni. Ramai rupenye kawan-kawan kiriku. Paling best, siap ade Hari Kidal Sedunia okey, 13 Ogos setiap tahun, keh3. Terasa diriku begitu berharga, tp jgn silap tgk, kang 13 jd 31, xpsl2 org smbut merdeka, ade yg smbut hari kidal huhu. Jom follow aku kaji fact yang aku jumpe psl left handed, nak compare sket ngn yg ade kat diri aku nih.

1. More affected by fear n get more angry as well - Sgt betul, aku tak tgk citer antu. Kalo tgk, ikut celah2 jari je atau nyorok blkg Han and cpt mrh, tp cpt sejuk.

2. More likely to have allergies, insomnia, and migraines – LIKE berjuta juta lemon sbb sgt tepat.

3. More inhibited – betul, slalu teragak2 nk buat something. Kdg2 rase mcm brani takut, malas rajin, betul salah.

4. They associate "left" with good – Exactly. Kalau sebut kiri automatically org pk negatif, kanan je msti positif. Tp left for the lefties is good. So both side, kiri n kanan are good. Best2

5. They may have an advantage in politics – Apakah?

6. Left-handers are likely to excel in sports where 2 opponents face on another - Betul. Table tennis player is here! Ping pong laaa.. ping pong..

7. Left-handed college graduates go on to become 26% richer than right-handed college graduates – sangat lah kan, yg ni atas usaha masing2.. kalo ade dua tangan kiri, kalo malas, duit ade dua tiga posen gak kan.

8. Better multi-taskers – I guess!

9. Left-handers are more likely to pursue creative careers – Sepatutnyalah, sbb aku dpt rase jiwa aku ni mmg ke arah tu, no wonder aku mengantuk je kat office. Rigid!

10. More independent because they’ve had to get along in a world that’s not made for them – Betul gak nih, tp sbb dah terbiasa dari kecik, so xde lah rase payah mane.

11. Good in Leadership – Aiyooo! Kalau aku,ntahlah.. hahaa tp by fact about 66% of American presidents in the last 30 years were left-handed men. Bill Clinton, George H.W. Bush, Ronald Reagan, and Gerald Fold were all left-handed presidents. Barack Obama and John McCain are both left-handed. Wow!!


12. Quick thinkers – Quick sangatttt.. hahaha.. ini kalau Fir, Ammy, Shima and Nomi bace mmg kena gelak je aku.


Ok ade lagi dua fakta best yg aku jumpe psl kidal nih. Org cakap org kidal ni pintar? aiyooo... yeke ekk? (garu kepale tp idung kembang kempis) dan lagi satu org kidal ade mslh disleksia. Jom kaji.

Orang kidal pintar?

Memang ramai individu kidal yang tersohor tetapi kepintaran mereka bukan kerana kidal tetapi kerana mereka menggunakan 80%-90% otak. Mengikut pendapat aku, individu kidal bukan sahaja menggunakan otak kanan secara maksima,tetapi juga menggunakan otak kiri lebih banyak dari orang biasa yang menggunakan otak kanannya. Orang kidal menggunakan lebih banyak bahagian otak kerana secara ringkasnya mereka juga melakukan beberapa kerja menggunakan tangan kanan selain menggunakan tangan kiri mereka dan secara automatik mereka menggunakan kedua-dua belah bahagian otak lebih dari orang kebiasaan.

Pada aku bukan semua kidal tu pandai tapi yang pasti, tak kira kidal atau tidak, kalau malas? kaedahnyeeee.... so aku ni kaedah mane ek? pintar suam2 kuku campur malas n banyak makan?

Orang kidal ada masalah disleksia

Kajian menunjukkan sesetengah individu kidal ada masalah disleksia (menulis huruf terbalik). Boleh dikatakan semua individu kidal boleh menulis secara terbalik — bukan saja huruf pada arah yang salah, tetapi perkataan ditulis dari belakang. Ia dipanggil tulisan cermin kerana jika dilihat dari dalam cermin, perkataan ditulis kelihatan normal.

OOoo..ni aku boleh buat ni, dengan lajunye mmg aku boleh tulis terbalik. Serius. Igt tu biase2 je n suma org boleh tulis camtu, rupenye ni masalah org kidal. hmm.. tp takpelah, pasal aku rase menarik je dpt tulis terbalik n bace balik kt cermin hehe.



Selain presiden2 amerika kt atas td tu, aku nak korang tgk senarai nama org2 kidal kat bawah ni, kot2 korg kenal. Check it out..

Saidina Umar Al-Khattab, Alexander the Great, Leonardo Da Vinci, Benjamin Franklin, Albert Einstein, Bill Gate, Oprah Winfrey, Amitabh Bachchan, Tom Cruise, Charlie Chaplin, Celine Dion, Nazlin @ Najihah Abdullah (Ciklin), Nicole Kidman, Marilyn Monroe, Angelina Jolie, Sylvester Stallone, Asmawi bin Ani( Mawi ), Man Kidal, Velantino Rossi.

Okla..okla.. sebelum korg bengang ngn post angkat bakul sendri ni, baik aku stop. Lagipon dh panjang entry ni. (eh, tp aku share fakta ape..kan, kan). Akhir kate.......

“only left-handed are in their right minds”.. ekekekeee....


Tuesday, December 11, 2012

150 Juta! Makcik Kayo!

Dua tiga menjak ni otw gi keje ke balik keje ke, slalu dgr suria.fm main lagu 150 Juta – Ainan Tasneem. Best.. lagu ni sgt dekat di hati aku. hahahaaa

Nape yg dekat sangat kat hati tuu? Cube teka..hehee.. sbb sayang saya garang orgnya. Sebelum lagu ni Ainan Tasneem record, 2010 dah glamer sgt2 kat youtube.. sbnrnya lagu ni hasil ciptaan Fynn Jamal. Abby ngn fatin slalu nyanyi kat umah and aku slalu nyanyi depan muka Han bile dia start nak marah.. kdg2 xjd marah.. kdg2 xlayan pon, tetap smbung mrh2 smbil berbackgroundkan lagu 150 juta eksklusif dri suare bini..

Jom Layan..



Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas jujur apa adanya”
“Aku lagi kenal dia”

Eh dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata

“Sayang mungkin baran tak kira masa”
“Tapi sayang tahan kalau yang salah saya”
“Sayang mungkin saja keras kepala”
“Tapi sayang manja bila kita berdua”
“Saya kenal sayang saya”

Buat apa di cerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua

Nota kaki xde kaki - RAHSIA KITA BERDUA SGT. Hahahaaa

Saturday, November 24, 2012

LAGI 2 HARI BERBAKI..

Pejam celik pejam celik (jgn try buat pejam celik lak hehe), dah sebulan lebih, ayah dan mak pon dah nak balik Malaysia lagi 2 hari. Tak sabar, tak sabar, tak sabar! Alhamdulillah ayah dan mak dah selamat menunaikan fardu haji dan sekarang berada di Madinah mengikut jadual visit yang diaturkan Rayhar Agency. Rindunya kat diaorang.. macam ni rupenye perasaan bile mereka tak ada. Jaga adik2 dan jaga amanah diaorg , aku lah mak, aku lah ayah, aku lah kakak. Kalaulah one day aku betul2 kehilangan ayh dan mak buat selama2nya..owhh sgt2 tak boleh nak bayangkan. Barulah aku faham rasa rindu sepupu aku, Normi pada arwah ayhngah dan ngah. Bile sedih, mi akan call dan cakap kat aku “kan bagus kalau mak aku still ada, boleh aku peluk dia kuat2 time aku cmni” uwaaaa…

Betullah ckp mi, bile mslh dtg time ayh dan mak tak ada di sisi rase xtau mana nak tuju. Now aku dah rase. Yer, mmg suami kita ade, tp ayh dan mak tmpt kita mengadu dri kecil. Dah luah kat suami pon,kdg2 mcm not enough, mcm tak cukup release. hehe.. Luckily sekarang ni dah moden dan canggih, bukan setakat baju sekolah canggih je, semua skali dah canggih, so dah ada byk alternatif nak berhubung termasuklah whatsapp. Walaupon aku fikir aku ni mcm selfish, mengganggu ayah kat sana yang sdg beribadat but still I can’t help myself untuk whatsapp ayah - “ayah… na ade mslh… sedih sgt..” uhuk2.. alhamdulillah, ayah tetap ada untuk aku. Terima kasih ayah.

Citer pasal whatsapp.. ayah pon update perkembangan kat sana hari2 via whatsapp, kecuali ketika wukuf di Arafat beberapa hari sebelum raya Aidiladha aritu sebab coverage xde. Bila kitaorang adik-beradik request gambar, ayah akan hantar gambar-gambar pengubat rindu. Bila kitaorang ckp rindu kat ayah dan mak, ayah pon cakap dia rindu, tp bkn rindu kitaorg, ayh rindu mak kehkehkeh, sbb masa kat mekah, kdg2 dua hari baru ayah jumpe mak. Sekarang kat Madinah diaorg sebilik, okla tu.

Alamak, citer pasal mak dah nak balik, mane checklist aku ni.. ape yg belum selesai. Jom check


Hmm.. baru dua yg settle. Lg lima? Uwaaaa.. kena cergas gi beli pearl kacip fatimah lah.. nak speed sapu umah. Terniat gak nak ngelat, nk upah akak cleaner dtg bersih umah, tp mcm tak guna sgt lak aku ni jd perempuan, dasar pemalas, update blog sempat plak kan huhu..

Ni antara pic2 yang ayah whatsapp, LIKE sgt2.. ayah dan mak nampak sgt happy kat sana. jom layannn..

Ayah di masjidil haram - masa ni ayah cakap ayah nak tunggu isyak. Masya Allah.. cantik sungguh kaabah..

Mak nk melontar di Mina - mak kuat semangat, walaupon nampak penat tapi mak sangat2 hepi

Ayah dan mak di Jabal Nur, bestnye.. bila lah nak sampai jugak ke sana, insyaallah one fine day

Ayah dan mak depan ofis Rayhar.. ada apa2 masalah datang ofis yerr..hehe

Last but not least....jeng jeng jeng...

Shopping spree... mak beli buah tgn di Madinah, smpai tak sedar ade paparazzi snap pic kan..hehe


Nota kaki xde kaki - Semoga ayah dan mak sihat walafiat, gembira dan selamat kembali ke tanah air selasa ni.

Saturday, November 17, 2012

TAHNIAH YONG SYAHIZAN!

Pagi td ngam2 lepas perhimpunan pagi, aku dpt call dri mama. yelah sebab appear no. mama (mak sedare aku)..

"hello..assalamualaikum.." aik, suare mek yong.

"waalaikummussalam.. yer yong.."
"yong cuti ni..fon yong tertinggal, ni fon mama, yong bla bla bla.."

pastu yong cakap..

"yong nk ckp something ni..(pause 2 saat, yong smbung) ambe pegnen pulok.."

amik toh.. yong pegnen lagi after bby husna dah 2tahun++.. hehehee

Tahniah yong. Hepi for you n abg nasir. Lain rasenye share kegembiraan untuk yong. sebab? hmm sebab sblum dpt baby husna, 10 tahun yong sabar menunggu. Tapi yong xpernah putus asa, yong usaha dah byk, cara moden, cara traditional, doa dan tawakal. so, aku pon kena percaya perancangan Allah tu yg terbaik. Insyaallah..

Yang pegang bunga telur tu Yong, yg posing maut tu Mi..(aku pon ade selai bju ni ekeke)

Nota kaki takde kaki - hmm.. boy ke girl ekk? excited mak jemah!

Wednesday, November 14, 2012

SALAM MAAL HIJRAH

Buat semua umat Islam di mana jua korang berada..Ciklin nk wish selamat menyambut Maal Hijrah, semoga permulaan baru ni akan membuahkan 1001 kejayaan buat semua.. tp kena usahalah kan, takde yang dapat ubah nasib sesuatu kaum tu, kalau bukan kaum tu sendiri okeh!


Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman


Nota kaki takde kaki - teringat lak zaman asik join nasyid kat sekolah. ni mmg lagu wajib.. paling best bile korus, suma nk kena ulang dua kali.. pengorbanan, pengorbanan!.. perjuangan, perjuangan!.. perpaduan, perpaduan!.. hahaa.. best2

GIMIK TENGAH MALAM

Pukul 12 malam ++, Han balik ntah dari mane ntah, pastu meluru masuk rumah dengan muka serius, "sayang, kereta ayah ni ade kunci spare dop?" hadoiii..ada acara tertinggal kunci dalam kereta pulak. Patutlah meriah semacam dia kat luar td, ingatkan wat ape.

"mane ade.. mak xdop plok pesan psl kunci spare, jap la call fatin". Fatin pon cakap xtau. "ok syg, jom cari kunci". Aku cari kat drawer bilik mak, bilik adik2, dia cari kat drawer dapur n hall. berpeluh-peluh. ok, sepakat cari lagi skali second round, gigih. tak jumpe gak. ok aku dah give up, whatsapp ayah kat Mekah. xde reply, ok sms ayah plak, xreply gak. hmm..dua2 duduk diam kt sofa.

"ok syg camni, cari pembaris ke dawai ke, kite try buka pintu kete". Aku bangun gi cari pembaris smbil2 bebel, "u gi la tgk kot cermin kete xrapat ke ape, leh guna dawai". Dah mmg org bersalah disorongkan bebel, Han bangun je kluar. Pastu...

"arggggghhhhhh...................!!!!!!"

Terkejut dgr dia menjerit, aku keluar, "nape??"

"pintu belakang dok kunci pon.."

pergghhhh..hebat sungguh gimik laki aku. Terima kasih sbb ajak aku main cari harta karun mlm2 buta. Aku tengok jam, pukul 2 pagi. terbaekk.. terus aku msuk tido sbelum aku start perli2 laki sendiri. sabar jelah.


Nota kaki takde kaki - Kitaorg jaga umah ayah, sbb ayah n mak pegi haji. Han guna kereta ayah, sbb tu dia tak tau yg kete ayah xleh auto lock. kena lock satu2, manual.

Sunday, November 11, 2012

CUCI-CUCI THE MOVIE...

Salam.. halluu..

Ok, ni bukan nk citer psl citer Cuci2 the movie yg Hans Isaac tu ye..mcm biase tajuk msti nk gempak. Ni psl cuci2 n bersih2 sawang kat blog ni.. habuk2 suma dh buang, tikar getah baru dah psg bagi background nampak cantik sket.. karpet pink pon dah letak, kasi cntik post yg kua, tuka font, tuka itu ini..and last but not least, tukar terus blog address. Hahaa kelass mak jemah! Sudahnye suma link ilang sbb dah terpisah ngn address yg baru, nk tak nk setting balik, makan 2 ari, tp ni dh settle, alhamdulillah..

Lame tak blogy2, impress lak tgk blog kwn2 yg start berblog selepas aku dah maju dan meriah, siap ade yg dpt duit dri nuffnang. Steadylah! Aku? mcm biase la, ikut kepale sndiri, dtg mood mls, peram smpai setahun. boleh? boleh je kalo dh namanye aku. kan..huhu

Nape tibe2 bersih sawang kt blog? sbb.. syg nk tinggalkn 2012 tanpa mencatat ape2 kt blog. since start menulis kt sini, xde lagi la ak terskip tahun, walaupon 2010 aku post satu je stori tp tetap ade, so 2012 pon xberkecuali, kalo satu ni je pon, tetap ada bukan yang adooo... lgi satu, ni malu sket nk ckp, tp bak kate Fir, ak cepat terpengaruh ngn movie2 yg ak layan, sgt menjiwai watak. hahaha.. Jumaat lepas aku teman adik2 aku layan citer "Istanbul Aku Datang" kat TGV Mesramall. So Lisa Surihani dalam citer tu pegang watak gadis periang bernama Dian yg suke update blog. Toing!! hahahaaa... kan dah ckp. terus rindu kat blog aku, terus intai2 n kemas2 smp bersih.

so, bile publish je post ni jap lagi, 2012 dah ade post lah. Yezzaaa... ok lah korg, harap2 ak akan rajin hapdet blog start arini. Banyak sbnrnye citer2 kat sekeliling aku ni yg ak nk share.. ade yg best, ade yang sadis, ade yg havoc, ade yg dull, ade yg meletop, ade yg sempoi, semua citer2 ni citer idup orang2 biasa mcm aku, wlaupon citer org biase, bukan citer artis, tp itulah cerita2 yg mewarnai aku dlm terus menikmati idup.

Best r blog dah lawa balik. Semangat uols..
Harap jgn malas yer Ciklin.

Sampai ketemu, bukan ketahuan.








Hidup ini indah jika dihayati dan dinikmati..