MY FELLOW FOLLOWERS

Thursday, May 23, 2013

SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU..

Salam.. sori lame menghilang (ade ke org yg rindu? hahaaa) kesihatan memudarkan mood nak berstorimori tapi akhirnye arini, nak juga post entry disebabkan terkesan sgt2 dengan storimori psl kontroversi artis baru, si afiq muiz ngn ibu dia.

Dunia sekarang, hal keluarga sampai satu dunia tahu. Anak pon selambe bagi statement kat media. Dlm byk2 tulisan kat blog gossip psl afiq n ibu dia bergaduh, ade satu aku jumpe org bagi surat kat blogger terkenal abg Nara tu..surat yg ala2 menyebelahi afiq. bile aku bace, aku lgsg xrase betul pon.. sbb tnyelah seramai mane ustaz pon, jwpn tetap akan sama, anak kena hormat ibu walau mcmana prangai seorg ibu tu. aku penah dgr ustaz cakap even ibu kite pelacur pon, kite kena hormat. takde lgi la aku dgr ustaz ckp, kite kena hormat ibu tp ade excuse kalo ibu mintak duit byk sgt, kalo ibu tak suke bf gf kite, kalo ibu marah2 smp mcm lupa ingatan. tak ade ok.

Kecik hati dengan ibu, geram, marah,sentap, itu adat. Yelah, ibu manusia biase, ade kurangnye.. ade yg jenis pemarah, ade jenis sendu, jenis membebel, mcm2 jenis la.. kite pon sama, byk peel tp.. TETAP... itu bukan alasan untuk kita xhormat ibu melainkn apa yg ibu kite suruh tu ditegah oleh Allah.

Anak ape buka aib ibu sendiri? Kalau macam kes afiq muiz ni.. tak perlulah nak bela diri sangat kot. Dia bukan bergaduh ngn kawan2 tp dengan ibu dia. Kejam sungguh seorang anak membuka pekung ibu sendiri..

Lagi satu, pada yang duk komen tak semestinye orang tua betul, orang muda salah, aku rase betul lah tu, aku setuju. Tapi ni bukan kes orang muda dengan orang tua. Ini kes anak dengan ibu. Kalau nak bergaduh dengan orang tua kurang ajar yg takde kena mengena dengan kite, silakan..(silakan tu maksud aku berpada2 la jugak kan hehe) ade je orang tua sekarang, makin tua mulut makin menjadi jadi, pendapat pon extreme gile smpai takleh dengar pendapat orang lain.. tp itu org2 tua yang maybe kwan sekerja, kawan sekampung tp pls la.. bukan dgn ayah dan ibu kita. If betul2 lah afiq di pihak yang terluka sgt2, paling mudah boleh je dia ckp “NO COMMENT” atau “HANYA ALLAH YG TAHU, SAYA TETAP DOAKAN YG TERBAIK UTK IBU” easy kan kan kan?

Ni aku share url surat ala2 menyebelahi afiq muiz yg abg nara terima tu
http://beautifulnara.com/mengapa-hanya-yang-muda-ditegur-pembaca-beautifulnara
Komen2 dari orang yang bace post ni pon sgt menarik.

Ni lak aku share ape kate Zed Zaidi. Dlm2 aku rasa dia ni poyo byk merepek tp finally aku kagum dgn nasihat dia kt afiq. tabik spring ahhh.. http://beautifulnara.com/cukup-cukuplah-aibkan-keluarga-pesan-zed-zaidi-kepada-afiq-muiz/

Komen aku pada penulis surat tu plak, tolong istighfar dan banyak-banyak dgr ceramah agama. Kalau tak free sgt, intai2 lah kat youtube. Rujuk ustaz. Tak payah nak faham sgt lah perasaan afiq tu, sbb sekeliling aku ni pon ramai je mak2 yg pilih kasih, yg lebihkan anak yg berduit, yg mengutuk anak A pada anak B, banding2kan anak tp anak yg jadi mangsa tu ramai je berlapang dada..sbb ibu tetap ibu. Mungkin tu dugaan Allah untuk si anak.





Nota kaki takde kaki - Dalam diam aku sgt mengagumi seseorang. Dia anak yg terus berjasa dgn keringat walaupon hnya dipandang enteng krn jasanya bkn dgn wang ringgit..namun dia tetap terus berjasa.. pd aku, penat lelah dia lebih bernilai. salute.

Sunday, February 17, 2013

GARA-GARA TAHI (read taik) BINTANG...

Aku bukan nak citer alkisah asteroid yang hit Rusia tu sebab aku percaya korang mesti dah baca paper, dah google dan dah tengok youtube pon kan? Tapi… ape yang aku nak cakap.. gara2 pasal asteroid ni, suami aku beli surat khabar.. yelah, sebab tahi bintang jatuh kat rusia, kalut dia gi beli suratkhabar (bahasa mudah org biasanye sebut tahi bintang, walaupon aku rase la tahi bintang n asteroid tu berbeza..shooting star i guess? hmm.. ntah xde ilmu sgt psl ni).

So ape masalahnye? Hari-hari orang beli suratkhabar ape.. yeke? Tidak untuk husband aku. Han ni spesis yang jarang2 ada dalam masyarakat. Sepanjang kahwin ni, aku still boleh kire dengan jari brape kali dia beli suratkhabar dan belum suma jari aku dah guna ok.. maksudnya belum cecah 10 kali la dia beli suratkhabar.

Alasan? Berjimat cermat orangnya? Oohh tidak.. bukan sama sekali. Aku pernah tanye dia sekali je kenapa dia tak suka beli n bace suratkhabar. Jawapannya simple tp cukup untuk aku gulp. hahaa..

“Wat ape bace paper? Banyak cerita pasal orang daripada pasal kejadian pape. Suke ke amik tau hal orang? Kalau ade big story pon, semua yang tak masuk akal nak dibesar2kan. Hal yang penting cover macam tak nak tulis langsung”

Abis tu info2 lain yang berguna ke camne nak tau? Sanggah aku.

“Nak info tgk discovery channel, national geo, history ngn yang lain2 tu”

Han sambung “itulah, kalo 24/7 I tgk discovery channel, u membebel, ajak tgk sekali, membuta depan tv, haihh..”

GULP sgt2. Hmm..pendapat yg ekstrem, tp itulah dia laki aku.

Pastu langsung aku dah tak tanya dah. So ngan aku2 skali tak baca paper skarang. Tup2, ari jumaat lepas beria2 balik bawak paper.

“aik? Beli paper?”

“uishhh sayang, taik bintang jatuh kat Rusia niii…huishhhh.. kena bace..kena bace…”

Hahhahaahaa… tau xpe. Grrrr…

Tp lain orang lain pendapatnya kan. Dulu cikgu aku penah cakap, orang selfish je tak baca paper, xnak amik tau hal masyarakat. Hmm.. tp so far aku takde masalah, still tgk berita kat tv (walaupon hal masyarakat kelas atasan berebut kuasa lagi banyak dari hal masyarakat sebenar). So dah tak pelik sangat pada aku bile tak baca paper walaupon dari kecik aku duk tgk ayah aku beli dan bace paper hari2, yg penting tgk dari belakang dulu sbb bace psl sport (yg paling ayah minat).


Ni semua ni mmg dia tak bace, kalau terjumpa pon semua suratkhabar ni kat umah ayah, kat restoran, Han akan kusyuk sebab buat teka silangkata. hahahaaa...

Wednesday, February 13, 2013

WHEN THE FACT IS NOT AS BEAUTY AS WE HOPE..

Panjang tak tajuk post kali ni? saje je.. ngeee…

hmm.. sebenarnya, tiap kali nak post entri, ape yg paling aku cuba elakkan ialah post rasa hati aku.. maksud aku rase yg ada kat sudut hati yg sgt dlm..very deep inside. Aku faham kdg2 menjadi terbuka boleh buat kite release tp x semua rase kite boleh share. Lebih sakit bile org yg mendengar mampu mendengar tetapi tidak memahami. Jadi perlu ke kite nak semua org sekeliling kite menjadi pendengar. Kite DJ ker? Putar masalah dan rasa hati kita biar berkumandang untuk jd bahan cerita yg harus didengar orang? Aku pon bukan artis yg bercerita soal hati melalui media. Aku bukan Shila Amzah or Sharnaaz or ND Lala.. opps.. terlebih sudaa..

Tak perlulah korang ambik port sgt intro merepek aku tu, sbb aku tetap post entri kali ni untuk meluahkan perasaan hati, yg aku maksudkn veryyyy deeeppppp inside td tu lah. Aku akan cube sampaikan dgn cara yg paling sempoi, so xdela korg sedih utk aku (ade ke yg nak sedih utk aku? perasan sgtt..) So, sebelum korg bace betul2 ape aku nak luahkn ni, jom kite jerit hoi, hoi, hoiii dulu, buat naik semangat, ala2 citer korea Bread, Love and Dreams yg aku duk layan kat KBS. Ok jom, Hoi! Hoi! Hoi!

Ok, minggu lepas 7 Feb 2013, genap 5 tahun usia perkahwinan aku dan Han. 2,3 ari sebelum tu mata xleh lelap. Rase sayu sangat kat hati mengenangkan kami belum dianugerahkan cahayamata. (perkara ni jarang2 berlaku ok sbb secara agak riak sket, aku nak ckp aku rase aku agak strong inside n outside). Paling ngilu hati ni bile kawan2 dan saudara terdekat yang baru je kawen tup2 pregnant. Sekelip mata. Tup2 anak dah besar, dan boleh kayuh basikal, dah boleh jalan n mengomel2 dengan cutenya. Ngilu wooo.. tuhan je tahu, tp perlu ke aku jd DJ atau jd Najihah si budak murung? Naaahhh.. itu bukan aku, bukan aku untuk ambil hati atas rezeki yang tuhan bagi kat orang lain, apatah lagi nak jadi sensitif tak bertempat sbb aku paling setuju dgn statement “setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi” dan “tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya”. So, aku positif.

Cuma, kadang2 apa yang lebih menyakitkan bile ada suara2 sumbang yang bertanya,

“Bila lagi nak ada baby, dah boleh dah ada anak, kesian mak nak timang cucu, nak timang anak awak”

MOTIF? Nak je aku jwb “nak aku timang ko ke longkang tak?”
tak paham2 ke ek yg semua ni kerja tuhan.. haihh

Pastu bile kita gi tgk new baby born, ade lak cakap2 cmni,

“Awak asyik camtu la yek, duk tengok anak org jelah yer, main ngn anak sedare”

Ikutkan hati, nak je aku tarik balik adiah baby yang aku dah bagi. Tapi takpelah, apa2 pon yang bakal aku lalui, akan ada baby atau tanpa baby, aku harap aku genggam erat apa yang aku ada sekarang dan belajar sentiasa menghargai apa yang aku ada, sebab orang yg rasa apa yang aku rasa je faham betapa susahnya nak dapat sesuatu sampai kita mati akal dan hampir berputus asa. Jadi apa yang ada, simpan dan genggam betul2.

Takpelah, tuhan maha kaya. Dia ada untuk hambaNya. Aku sangat faham itu. So, bile impian tak seindah kenyataan, xperlulah meroyan. Dia ada. Diulangi dalam bahasa omputih, WHEN THE FACT IS NOT AS BEAUTY AS WE HOPE.. JUST BACK TO ALLAH.

Bile kite nak gi jalan2 ke Europe tapi kita hanya mampu untuk setakat ke Bali (Nape Bali? Sebab aku dah pegi laa ekeke) tu tak bermakna Bali tu tak cantik, tak indah, kita cuma perlu berlapang dada dan enjoy keindahan berada di Bali sambil terus berharap dan berimpian yang suatu hari nanti kita akan dapat pegi Euro trip. Kalau tak dapat pegi pon, xpelah, atleast dah pegi Bali, ade org xpenah gi langkawi pon tp relax je. Got it?!!!!

Nota kaki takde kaki - Syukur alhamdulillah, Allah Maha Mengetahui.

Monday, January 28, 2013

EMAS OWH EMAS

2, 3 minggu ni kalut harga emas turun. Kawan-kawan office tak berenti bergosip pasal emas. Aku ni bukan peminat emas, jauh skali sebagai pemakai. Tapi dek kerana minat orang sekeliling bercampur dengan berita harga emas agak murah sekarang ni, aku pon turut terkena tempiasnya.

Tempiasnya sure lah aku mengekor diaorang gi kedai emas. Nak amik feel lepas duk dgr diaorg berbual. Wah banyak ilmu baru. Sepanjang2 aku hidup (ke hidup aku?), walau dengar mak, mak saudara, sepupu or even arwah tok aku sibuk membeli brg kemas, pakai n simpan, aku langsung tak ambik endah. Even shima kawan aku pon ada yg siap jd tokey emas, aku tetap blur pasal emas. Lagila kalau orang duk bercerita jual beli emas yang seketul tu. jongkong emas? apekah itewwww?? sgt xde ilmu kan. sedih btl aku ni.

Tapi lepas 3 kali keluar masuk kedai emas dengan para peminat emas tegar yang sangat expert dalam bab2 membeli emas ni, maka bukan stakat kagum malah aku jadi teruja lak. Walaupon level keterujaan tu masih tak mampu mengubah niat aku yg nak ganti smartphone lame kepada nk beli gelang or rantai emas, tapi sekurang2nya telah mampu mengubah perspektif aku terhadap org2 yg duk excited kua masuk kedai emas. Dulu igt org tua je yang beli emas.

So semalam, bile keluar dari kedai emas bersama kawan2 yg dh kenyang perut dpt gelang n cincin baru.. (sebab bile kluar kedai, aku je yg bersungut lapar..ke sbb duit dh abis? xlah, diaorg tu semua org kaya senyap hehe) bru aku btl2 phm ape yg bestnye psl emas ni, aku pon dah tau harga emas ikut gram, jenis2 emas, ape tu emas 999, 916, etc…etc.. hmm menarik2.. betullah diaorg cakap, pkai brg kemas ni salah satu pelaburan n cara menyimpan duit selain daripada simpan duit kat ASB, Tabung Haji or bank.

Hmm.. tp this time aku tetap nak beli smartphone (decision yg payah untuk peminat2 emas nak terima sepenuh hati especially time2 emas murah ni kan) ngeee... mybe lain kali aku try lah beli bling2 nih (owh no! ciklin kah ini?)


tarraaa... ni lah satu daripada hasil diaorg ke kedai emas semalam yer tuan puan, yg ni gelang emas rm 4k hokeh! siape tuan punye nye takleh cakap lah kat sini, nanti kena marah hehe.. in 5 years, pegi lah balik kedai emas, tgk value dia.. sure lagi mahal dri harga tu. hmm.. untungkan.


Nota kaki xde kaki - Jgn beli yg besar sgt ye, takott..byk sgt kes ragut, nauzubillah.

Tuesday, January 1, 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013!

Alhamdulillah syukur, masih bernyawa dan diizinkanNya untuk bernafas di bumiNya. Selamat Tahun Baru untuk semua.. semoga 2013 memberi semangat baru untuk kita terus berusaha mencapai segala impian dan cita-cita dan semoga 2012 yang berlalu semalam ditinggalkan dengan 1001 kenangan indah.

Sempena new year ni, xnak la bebel pasal azam, sinonim sungguh azam dengan new year. Silap2 kalau ada yang terfikir nak buat something new bulan lepas, siap hold, tangguh dulu psl nak start arini, 1 jan 2013 kan? So boleh declare initiative baru tu sebagai salah satu azam tahun 2013. hmm.. excited sungguh. Samalah dgn aku, dari kecil sampai sekarang, tiap2 tahun ade azam baru, tapi.. sadisnya xsampai setengah tahun, aku sendri lupe apa azam aku and list azam tak jumpe cari, tak igt tulis kat mane. So lupekan jelah.. tapi utk sape2 yg nekad tu, teruskan. Semoga berjaya.

So sempena new year ni aku nak share Handbook 2013 yang fir post kat group untuk aku, shima, ammy and gee. Pada aku menarik point2 yg ada tu utk kita semua cuba dan praktik kan (pada sape2 yang belum buat sebelum ni). Thank you fir!

Let’s check it out!

HANDBOOK 2013

HEALTH

Drink plenty of water

Eat Breakfast like a king, Lunch like a prince & Dinner like a beggar

Live with the 3 E's -- Energy, Enthusiasm & Empathy

Make time to pray

Play more games

Read more books than you did in 2012

Sit in silence for at least 10 minutes each day

Sleep for 7 hours

Take a 10-30 minutes walk daily and while you walk, smile


PERSONALITY

Don't over do. Keep your limits

Don't take yourself so seriously. No one else does

Don't waste your precious energy on gossip

Dream more while you are awake

Envy is a waste of time. You already have all you need

Forget issues of the past. Don't remind your partner with his/her mistakes of the past. That will ruin your present Happiness

Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others

Make peace with your past so it won't spoil the present

No one is in charge of your happiness except you

Smile and laugh more

You don't have to win every argument, agree to disagree


SOCIETY

Call your family often

Each day give something good to others

Forgive everyone for everything

Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6

Try to make at least three people smile each day

What other people think of you is none of your business


LIFE

Do the right thing!

GOD heals everything

However good or bad a situation is, it will change

No matter how you feel, get up, dress up and show up. The best is yet to come

When awake in the morning, thank GOD for it

Your Inner most is always happy. So, be happy


Lagi sekali,
Happy New Year 2013 kawan2!!


Hidup ini indah jika dihayati dan dinikmati..