MY FELLOW FOLLOWERS

Sunday, February 17, 2013

GARA-GARA TAHI (read taik) BINTANG...

Aku bukan nak citer alkisah asteroid yang hit Rusia tu sebab aku percaya korang mesti dah baca paper, dah google dan dah tengok youtube pon kan? Tapi… ape yang aku nak cakap.. gara2 pasal asteroid ni, suami aku beli surat khabar.. yelah, sebab tahi bintang jatuh kat rusia, kalut dia gi beli suratkhabar (bahasa mudah org biasanye sebut tahi bintang, walaupon aku rase la tahi bintang n asteroid tu berbeza..shooting star i guess? hmm.. ntah xde ilmu sgt psl ni).

So ape masalahnye? Hari-hari orang beli suratkhabar ape.. yeke? Tidak untuk husband aku. Han ni spesis yang jarang2 ada dalam masyarakat. Sepanjang kahwin ni, aku still boleh kire dengan jari brape kali dia beli suratkhabar dan belum suma jari aku dah guna ok.. maksudnya belum cecah 10 kali la dia beli suratkhabar.

Alasan? Berjimat cermat orangnya? Oohh tidak.. bukan sama sekali. Aku pernah tanye dia sekali je kenapa dia tak suka beli n bace suratkhabar. Jawapannya simple tp cukup untuk aku gulp. hahaa..

“Wat ape bace paper? Banyak cerita pasal orang daripada pasal kejadian pape. Suke ke amik tau hal orang? Kalau ade big story pon, semua yang tak masuk akal nak dibesar2kan. Hal yang penting cover macam tak nak tulis langsung”

Abis tu info2 lain yang berguna ke camne nak tau? Sanggah aku.

“Nak info tgk discovery channel, national geo, history ngn yang lain2 tu”

Han sambung “itulah, kalo 24/7 I tgk discovery channel, u membebel, ajak tgk sekali, membuta depan tv, haihh..”

GULP sgt2. Hmm..pendapat yg ekstrem, tp itulah dia laki aku.

Pastu langsung aku dah tak tanya dah. So ngan aku2 skali tak baca paper skarang. Tup2, ari jumaat lepas beria2 balik bawak paper.

“aik? Beli paper?”

“uishhh sayang, taik bintang jatuh kat Rusia niii…huishhhh.. kena bace..kena bace…”

Hahhahaahaa… tau xpe. Grrrr…

Tp lain orang lain pendapatnya kan. Dulu cikgu aku penah cakap, orang selfish je tak baca paper, xnak amik tau hal masyarakat. Hmm.. tp so far aku takde masalah, still tgk berita kat tv (walaupon hal masyarakat kelas atasan berebut kuasa lagi banyak dari hal masyarakat sebenar). So dah tak pelik sangat pada aku bile tak baca paper walaupon dari kecik aku duk tgk ayah aku beli dan bace paper hari2, yg penting tgk dari belakang dulu sbb bace psl sport (yg paling ayah minat).


Ni semua ni mmg dia tak bace, kalau terjumpa pon semua suratkhabar ni kat umah ayah, kat restoran, Han akan kusyuk sebab buat teka silangkata. hahahaaa...

Wednesday, February 13, 2013

WHEN THE FACT IS NOT AS BEAUTY AS WE HOPE..

Panjang tak tajuk post kali ni? saje je.. ngeee…

hmm.. sebenarnya, tiap kali nak post entri, ape yg paling aku cuba elakkan ialah post rasa hati aku.. maksud aku rase yg ada kat sudut hati yg sgt dlm..very deep inside. Aku faham kdg2 menjadi terbuka boleh buat kite release tp x semua rase kite boleh share. Lebih sakit bile org yg mendengar mampu mendengar tetapi tidak memahami. Jadi perlu ke kite nak semua org sekeliling kite menjadi pendengar. Kite DJ ker? Putar masalah dan rasa hati kita biar berkumandang untuk jd bahan cerita yg harus didengar orang? Aku pon bukan artis yg bercerita soal hati melalui media. Aku bukan Shila Amzah or Sharnaaz or ND Lala.. opps.. terlebih sudaa..

Tak perlulah korang ambik port sgt intro merepek aku tu, sbb aku tetap post entri kali ni untuk meluahkan perasaan hati, yg aku maksudkn veryyyy deeeppppp inside td tu lah. Aku akan cube sampaikan dgn cara yg paling sempoi, so xdela korg sedih utk aku (ade ke yg nak sedih utk aku? perasan sgtt..) So, sebelum korg bace betul2 ape aku nak luahkn ni, jom kite jerit hoi, hoi, hoiii dulu, buat naik semangat, ala2 citer korea Bread, Love and Dreams yg aku duk layan kat KBS. Ok jom, Hoi! Hoi! Hoi!

Ok, minggu lepas 7 Feb 2013, genap 5 tahun usia perkahwinan aku dan Han. 2,3 ari sebelum tu mata xleh lelap. Rase sayu sangat kat hati mengenangkan kami belum dianugerahkan cahayamata. (perkara ni jarang2 berlaku ok sbb secara agak riak sket, aku nak ckp aku rase aku agak strong inside n outside). Paling ngilu hati ni bile kawan2 dan saudara terdekat yang baru je kawen tup2 pregnant. Sekelip mata. Tup2 anak dah besar, dan boleh kayuh basikal, dah boleh jalan n mengomel2 dengan cutenya. Ngilu wooo.. tuhan je tahu, tp perlu ke aku jd DJ atau jd Najihah si budak murung? Naaahhh.. itu bukan aku, bukan aku untuk ambil hati atas rezeki yang tuhan bagi kat orang lain, apatah lagi nak jadi sensitif tak bertempat sbb aku paling setuju dgn statement “setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi” dan “tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya”. So, aku positif.

Cuma, kadang2 apa yang lebih menyakitkan bile ada suara2 sumbang yang bertanya,

“Bila lagi nak ada baby, dah boleh dah ada anak, kesian mak nak timang cucu, nak timang anak awak”

MOTIF? Nak je aku jwb “nak aku timang ko ke longkang tak?”
tak paham2 ke ek yg semua ni kerja tuhan.. haihh

Pastu bile kita gi tgk new baby born, ade lak cakap2 cmni,

“Awak asyik camtu la yek, duk tengok anak org jelah yer, main ngn anak sedare”

Ikutkan hati, nak je aku tarik balik adiah baby yang aku dah bagi. Tapi takpelah, apa2 pon yang bakal aku lalui, akan ada baby atau tanpa baby, aku harap aku genggam erat apa yang aku ada sekarang dan belajar sentiasa menghargai apa yang aku ada, sebab orang yg rasa apa yang aku rasa je faham betapa susahnya nak dapat sesuatu sampai kita mati akal dan hampir berputus asa. Jadi apa yang ada, simpan dan genggam betul2.

Takpelah, tuhan maha kaya. Dia ada untuk hambaNya. Aku sangat faham itu. So, bile impian tak seindah kenyataan, xperlulah meroyan. Dia ada. Diulangi dalam bahasa omputih, WHEN THE FACT IS NOT AS BEAUTY AS WE HOPE.. JUST BACK TO ALLAH.

Bile kite nak gi jalan2 ke Europe tapi kita hanya mampu untuk setakat ke Bali (Nape Bali? Sebab aku dah pegi laa ekeke) tu tak bermakna Bali tu tak cantik, tak indah, kita cuma perlu berlapang dada dan enjoy keindahan berada di Bali sambil terus berharap dan berimpian yang suatu hari nanti kita akan dapat pegi Euro trip. Kalau tak dapat pegi pon, xpelah, atleast dah pegi Bali, ade org xpenah gi langkawi pon tp relax je. Got it?!!!!

Nota kaki takde kaki - Syukur alhamdulillah, Allah Maha Mengetahui.


Hidup ini indah jika dihayati dan dinikmati..