MY FELLOW FOLLOWERS

Sunday, December 30, 2012

AMIRA SYABIHAH, SAKA?!

Seram tak title entry aku? seram kan kan kan? tapi takpe, mulai esok aku akan bebas dari dihantui saka Amira Syabihah. Tak perlu tok bomoh Ramadan Kamaruzaman Amin nak jampi2 masukkan dia dalam botol ke ape, sebab arini dengan sendirinya dah tiba masa untuk dia kembali ke botol asrama.

Tenang….

Indah…..

Nyaman….

Selesa….

Bukan rimas sgt pon ngn si Amira Syabihah binti Abdullah ni. Tp budak form2, anak bongsu ni agak byk songeh. Ketenangan aku dua tiga menjak ni terganggu dengan kesongehan dia. Dia menghantui aku dengan ayat2 manja yang memberi tekanan yang halus..mulus..dan akhirnya aku terperangkap di luar sedar. Grrr….

“Ana.. tolong adik beli peplum online.. pls pls”
“Ana.. ana tolong adik buat cimbclicks untuk peplum..”
“Ana.. tolong jual tab adik yer..”
“Ana.. adik nak mkn nasi kandar..jom ana..”
“Ana.. tolong beli tab yg baru untuk adik yer..”
“Ana.. tolong print homework adik..”
“Ana.. tolong amik baju adik umah tailor..”
“Ana.. tolong itu..”
“Ana.. tolong ini..”

Lagi best, bile aku dah cakap ok je untuk segala “tolong” tu maka, akan ada sms silih berganti like :

“Ana.. dah byr peplum?”
“Ana.. dah isi order form?”
“Ana.. bile peplum tu smpai?”
“Ana.. peplum dah smpai kat office ana?”
“Ana.. dah buka ke parcel tu? cantik tak peplum adik tu?”
“Ana.. bile nak balik keje?”
“Ana.. cepat sket datang umah, adik tak sabar nk tgk peplum adik”
“Ana.. where at?”
“Ana.. cpt datang pls…can’t wait”

Itu baru kisah peplum. Argghhh... sanggupkah anda? tepuk dada, tanya diri sendiri, pastu tepuk dahi.

Sepanjang cuti sekolah ni, dia dapat ilmu baru, shopping online. Dah dua kali praktikal ngn aku cara2 shopping online, so now dah pandai shopping sendiri. Ingatkan lepas la part aku rescue. Tup2 pagi ni dia call mtk tolong gi pejabat pos amik parcel dia. Tak sempat nak tunggu parcel smpai kat rumah sbb dah nak balik hostel katanyer. Hari last nak balik hostel pon dia masih menghantui aku. Uwaaa… so otw nak hantar dia balik hostel, ayah singgah office amik parcel tu. Dia tersengih2. Hishhh..

Tp xpe, dah last day dah. Hahahahhaaahahahahhahaaa..(gelak keji). Biar dia.. yang paling aku pasti, esok sure semua orang akan dapat sms dari dia “xxx… adik nak balik, adik homesick sbb cuti lame.. adik sedih.. pls”

HAHAHAHAHAHAA....i like.

Inilah dia si saka Amira Syabihah a.k.a abby yang poyo2 comel. Redha jelah, dah mmg adik aku. huhu

Nota kaki xde kaki - *xxx – ayah/mak/ana/agee/abadin/kakak, *Ana* stand for kak na, *Agee* - kak gee, *Abadin* - abg din

Sunday, December 23, 2012

AKU BUKAN PENJAGA KAUNTER SEJATI

Hari ni aku tolong jaga kaunter. Abg Samso mc. Ramai betul orang datang berurusan. Rata-rata pasal pertukaran sekolah, kemasukan tahun satu, rayuan ke sekolah elit, premier.. haa.. semua menjurus ke arah pertambahan level kesibukan kak ani dan abg yasin, yakni org yg bertanggungjawab menguruskan semua perkara di atas. So, aku pon ringan2kan tulang membantu.. tp biase la org yg takde keje pastu nak buat2 bz tlg org lain, mula lah over acting, muke confident, suara confirm gegak gempita..hihihi..

Sape kate jaga kaunter keje mudah. Nampak je macam mudah, goyang kaki angkat fon, tunggu org dtg, tp hakikatnye, kena kuat mental dan fizikal. Aku ni kalau hari2 duk jaga kaunter mcm abg samso, pergghhh.. boleh dpt darah tinggi sbb asik naik darah. Contohnye mcm kes2 yg aku hadap arini.

Kalau ade 5 org depan kaunter serentak dengan fon berbunyi.. camne nak bertenang?

“assalamualaikum cik”
“puan saya nk buat rayuan masuk sekolah..”
“nak tnye sket puan”
“cik..puan..saya nak buat permohonan..”
“nak check pertukaran puan..”
“kring..kring…”

grrrrrrrrrrrr…….

Pastu apa rasa kalau ada yang datang bertanya tp tak faham2 apa yang kite explain?
“puan, saya nak tukar anak ke sekolah blablablablaaa..”
“OOooo..kalo encik nak tukar anak, kena camni camni camtu camcam etc..”
“tp puan blablabla..”
“camni encik camni camni…”
“tp puan..”
“camni encik..”
“tp..”
“camni..”
“tappp..”
“camm..”
“t..”
“c..”

Begitulah seterusnye smbil aku undur slow2.. pstu blah dri kaunter. Bosan.

Ada yang datang sinis2 je bahasa, camne kite nak bahasakan dia pulak?
“puan, sy nak daftar anak msuk tahun satu”
“dah lambat sgt ni, nape daftar lambat?”
“saya blablabla..”
“encik dtg rabu, sbb arini n esok pegawai berkenaan cuti, so nanti rabu terus selesai, tapi apa2 encik ambil no.fon pegawai, cal dulu sbelum dtg”
“tp kamis dh nak masuk skolah”
“itulah kena dtg rabu”
“Kalau pegawai takde, rabu pon xde, xdpt skolah la anak saya? Xpayah belajarlah?”
“xdelah sampai xdpt sekolah, dah encik daftar anak lambat, dah tutup pon, so kenalah ikut prosedur”

Kalo la aku tak igt peribahasa kerana mulot badan binasa, mmg aku ringan je jawab “eh eh kau ni, dah salah ko daftar anak nak masuk sekolah lambat, prihatin sgt kan kat anak smpai lagi sehari dua nk buka sekolah baru nak daftar, ape kes ko nak sinis2 ngn aku, bru nk pk anak dpt sekolah ke tak, nape ko xdaftar lgi 2,3 tahun, senang aku letak kat fail “murid cicir”..erkh!”

Ada yang datang mintak borang tp bila kita bagi borang, dia duk cakap borang tu salah, sbb dia tgk jiran dia tunjuk borang tu lain, so rase2 nak bagi borang apa ke nak bagi kaki?
“saya nak borang permohonan ke SMKA”
“ni puan…”
“tp saya rase bukan yg cmni”
“yg ni lah.. puan isi n hantar balik kt sini”
“tp yg sy tgk jiran sy tunjuk tu ade blablabla..”

Camne tuuuuuu??????? Hahahaaa.. rezak weh read stress!.

Tp dlm byk2, terkena gak aku akhirnya dgn satu panggilan fon dari sorg brader ni. Adushhhhh… alkesah, tgh sibuk2 layan org kat kaunter, aku tgk ade coklat kat meja wakaf (meja wakaf – sbb suma makanan yg officemate bawak utk dijamu bersama, letak je kat meja tu, so sape nk mkn xperlu tnye2 or mintak, makan je). Aku capai satu, coklat alang beli dari langkawi. Terus sumbat dalam mulot.

Fon kat kaunter berbunyi, kak ani duk sibuk layan orang. Aku pon angkat fon.

“yer encik..boleh sy bantu?”
“nk mtk tlg check pertukaran anak sy lulus ke tak”
”bagi nombor borang encik..”
“76”
“ok nanti sy check, jap lagi sy call encik”
“ok, terima kasih..sedapnye awak makan, penuh mulot bercakap ngn sy, makan ape tu? Pulut ke? ujan2 ni sedap makan pulut..”
*gulp*

Uwaaaaa………….. tak semenggah kan aku. Arrgghh!

Nota kaki xde kaki - Penjaga Kaunter berjaya? Naahhh...i dun think so..tq

Thursday, December 20, 2012

PROUD TO BE LEFT HANDED

Aku dengar radio suria.fm, bile ek, pagi smlm kalo tak silap, topik KIDAL. Macam-macamlah fakta atau auta pasal kelebihan dan kekurangan org kidal. Senyum bile dgr org citer psl org kidal. Mcm ala2 duk dgr org berciter psl aku. Yer..aku kidal. Ngeeee….

Best lak rse bile org ckp kitaorg yg kidal ni unik dan tergolong dlm golongan tersendiri. Yeke? Psl aku rse aku manusia yg biase2 je..ececehh. So aku google. Banyak citer psl left handed and walaupon fakta ckp 5% to 10% of the population je manusia left handed tp aku rase ramai lak blogger yg left handed n buat entry psl ni. Ramai rupenye kawan-kawan kiriku. Paling best, siap ade Hari Kidal Sedunia okey, 13 Ogos setiap tahun, keh3. Terasa diriku begitu berharga, tp jgn silap tgk, kang 13 jd 31, xpsl2 org smbut merdeka, ade yg smbut hari kidal huhu. Jom follow aku kaji fact yang aku jumpe psl left handed, nak compare sket ngn yg ade kat diri aku nih.

1. More affected by fear n get more angry as well - Sgt betul, aku tak tgk citer antu. Kalo tgk, ikut celah2 jari je atau nyorok blkg Han and cpt mrh, tp cpt sejuk.

2. More likely to have allergies, insomnia, and migraines – LIKE berjuta juta lemon sbb sgt tepat.

3. More inhibited – betul, slalu teragak2 nk buat something. Kdg2 rase mcm brani takut, malas rajin, betul salah.

4. They associate "left" with good – Exactly. Kalau sebut kiri automatically org pk negatif, kanan je msti positif. Tp left for the lefties is good. So both side, kiri n kanan are good. Best2

5. They may have an advantage in politics – Apakah?

6. Left-handers are likely to excel in sports where 2 opponents face on another - Betul. Table tennis player is here! Ping pong laaa.. ping pong..

7. Left-handed college graduates go on to become 26% richer than right-handed college graduates – sangat lah kan, yg ni atas usaha masing2.. kalo ade dua tangan kiri, kalo malas, duit ade dua tiga posen gak kan.

8. Better multi-taskers – I guess!

9. Left-handers are more likely to pursue creative careers – Sepatutnyalah, sbb aku dpt rase jiwa aku ni mmg ke arah tu, no wonder aku mengantuk je kat office. Rigid!

10. More independent because they’ve had to get along in a world that’s not made for them – Betul gak nih, tp sbb dah terbiasa dari kecik, so xde lah rase payah mane.

11. Good in Leadership – Aiyooo! Kalau aku,ntahlah.. hahaa tp by fact about 66% of American presidents in the last 30 years were left-handed men. Bill Clinton, George H.W. Bush, Ronald Reagan, and Gerald Fold were all left-handed presidents. Barack Obama and John McCain are both left-handed. Wow!!


12. Quick thinkers – Quick sangatttt.. hahaha.. ini kalau Fir, Ammy, Shima and Nomi bace mmg kena gelak je aku.


Ok ade lagi dua fakta best yg aku jumpe psl kidal nih. Org cakap org kidal ni pintar? aiyooo... yeke ekk? (garu kepale tp idung kembang kempis) dan lagi satu org kidal ade mslh disleksia. Jom kaji.

Orang kidal pintar?

Memang ramai individu kidal yang tersohor tetapi kepintaran mereka bukan kerana kidal tetapi kerana mereka menggunakan 80%-90% otak. Mengikut pendapat aku, individu kidal bukan sahaja menggunakan otak kanan secara maksima,tetapi juga menggunakan otak kiri lebih banyak dari orang biasa yang menggunakan otak kanannya. Orang kidal menggunakan lebih banyak bahagian otak kerana secara ringkasnya mereka juga melakukan beberapa kerja menggunakan tangan kanan selain menggunakan tangan kiri mereka dan secara automatik mereka menggunakan kedua-dua belah bahagian otak lebih dari orang kebiasaan.

Pada aku bukan semua kidal tu pandai tapi yang pasti, tak kira kidal atau tidak, kalau malas? kaedahnyeeee.... so aku ni kaedah mane ek? pintar suam2 kuku campur malas n banyak makan?

Orang kidal ada masalah disleksia

Kajian menunjukkan sesetengah individu kidal ada masalah disleksia (menulis huruf terbalik). Boleh dikatakan semua individu kidal boleh menulis secara terbalik — bukan saja huruf pada arah yang salah, tetapi perkataan ditulis dari belakang. Ia dipanggil tulisan cermin kerana jika dilihat dari dalam cermin, perkataan ditulis kelihatan normal.

OOoo..ni aku boleh buat ni, dengan lajunye mmg aku boleh tulis terbalik. Serius. Igt tu biase2 je n suma org boleh tulis camtu, rupenye ni masalah org kidal. hmm.. tp takpelah, pasal aku rase menarik je dpt tulis terbalik n bace balik kt cermin hehe.



Selain presiden2 amerika kt atas td tu, aku nak korang tgk senarai nama org2 kidal kat bawah ni, kot2 korg kenal. Check it out..

Saidina Umar Al-Khattab, Alexander the Great, Leonardo Da Vinci, Benjamin Franklin, Albert Einstein, Bill Gate, Oprah Winfrey, Amitabh Bachchan, Tom Cruise, Charlie Chaplin, Celine Dion, Nazlin @ Najihah Abdullah (Ciklin), Nicole Kidman, Marilyn Monroe, Angelina Jolie, Sylvester Stallone, Asmawi bin Ani( Mawi ), Man Kidal, Velantino Rossi.

Okla..okla.. sebelum korg bengang ngn post angkat bakul sendri ni, baik aku stop. Lagipon dh panjang entry ni. (eh, tp aku share fakta ape..kan, kan). Akhir kate.......

“only left-handed are in their right minds”.. ekekekeee....


Tuesday, December 11, 2012

150 Juta! Makcik Kayo!

Dua tiga menjak ni otw gi keje ke balik keje ke, slalu dgr suria.fm main lagu 150 Juta – Ainan Tasneem. Best.. lagu ni sgt dekat di hati aku. hahahaaa

Nape yg dekat sangat kat hati tuu? Cube teka..hehee.. sbb sayang saya garang orgnya. Sebelum lagu ni Ainan Tasneem record, 2010 dah glamer sgt2 kat youtube.. sbnrnya lagu ni hasil ciptaan Fynn Jamal. Abby ngn fatin slalu nyanyi kat umah and aku slalu nyanyi depan muka Han bile dia start nak marah.. kdg2 xjd marah.. kdg2 xlayan pon, tetap smbung mrh2 smbil berbackgroundkan lagu 150 juta eksklusif dri suare bini..

Jom Layan..



Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas jujur apa adanya”
“Aku lagi kenal dia”

Eh dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata

“Sayang mungkin baran tak kira masa”
“Tapi sayang tahan kalau yang salah saya”
“Sayang mungkin saja keras kepala”
“Tapi sayang manja bila kita berdua”
“Saya kenal sayang saya”

Buat apa di cerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua

Nota kaki xde kaki - RAHSIA KITA BERDUA SGT. Hahahaaa


Hidup ini indah jika dihayati dan dinikmati..